BIBLIOGRAFI
DATUK
WIRA (DR) HAJI AMEER ALI BIN MYDIN MOHAMED
DATUK WIRA (DR) HAJI AMEER ALI BIN MYDIN MOHAMED
Nama
Usahawan
: Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Bin Mydin Mohamed
Jawatan
: Pengarah Urusan MYDIN
Mohamed Holdings Berhad
Keturunan
: India
Muslim (Kathiawar di Gujarat, India)
Tempat/Tahun
Lahir : Kota Bharu, Kelantan /4 Jun 1956
Umur
: 60 tahun (setakat
2016)
Isteri
:
Datin Sri Hawa Mohd
Pendidikan
: Masters; International Business, Sonoma State University
di California.
Pengalaman
: Berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)
CIRI
– CIRI KEUSAHAWANAN
Usahawan
Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein serta putera kedua beliau, Datuk Wira
(Dr) Haji Ameer Ali mempunyai banyak ciri – ciri keusahawan yang sama pada diri
masing-masing yang boleh dicontohi terutamanya oleh usahawan muda di Malaysia.
Kesabaran dan semangat yang tinggi mereka amat memberi impak kepada kejayaan
MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk bertapak di Malaysia selama hampir 58 tahun.
Antara ciri – cirinya adalah :
- Daya Usaha (Initiative)
Perkembangan
pesat perniagaan yang diusahakan oleh Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein seperti
pada masa ini mampu terhasil oleh kerana hasil daya usahanya yang seakan tiada
tanda noktah. Contohnya, walaupun bermula dengan hanya modal yang kecil untuk
menubuhkan kedai kecil berpapan di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan pada
1957. Namun, beliau tetap terus terdorong untuk merancang strategi dan
memikirkan langkah dan usaha untuk belia mengembangkan perniagaanya. Daya
usahanya yang tinggi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengumpul
modal dan menimba pengalaman baru dalam perniagaannya untuk memantapkan dirinya
sebagai seorang usahawan.
Hasilnya,
pada 1979, Encik Mydin telah pun membuka cawangan baru yang berpusat di Kuala
Terengganu. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membuka cawangan
keduanya iaitu hampir 22 tahun, namun perniagaan ini terus bergerak maju dan
sentiasa berkembang. Daya usaha Encik Mydin diteruskan lagi dengan penubuhan
cawangan – cawangan baru MYDIN di Malaysia iaitu di kawasan Lembah Klang di
Jalan India pada 1989. Hasil berkat daya usaha Encik Mydin, kini wujud lebih
daripada 90 cawangan MYDIN di seluruh Malaysia Daya usahanya juga tidak terhad
kepada penubuhan cawangan cawangan baru, malah Encik Mydin juga sentiasa
mencari peluang untuk menyertai aktiviti keusahawan yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan. Contohnya, pada tahun 2011, MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. telah
terlibat dengan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang turut disertai
oleh Pasaraya Tesco dan Carrefour. Mydin berperanan untuk memberi latihan dan
tunjuk ajar kepada beberapa kedai runcit tradisi yang terpilih dalam program
untuk ditransformasikan kepada kedai runcit moden. Selain dapat meluaskan
sektor ekonomi negara, langkah ini juga dianggap sebagai daya usaha Encik Mydin
untuk memperkukuhkan nama MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. di Malaysia. Contoh lain
bagi daya usahawan Encik Mydin adalah untuk mengvariasikan model perniagaan di
bawah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. Bermula dengan perniagaan kecil,
kini MYDIN turut mengusahakan 9 jenis perniagaan iaitu pasaraya,emporium, kedai
runcit mini, kedai keperluan 24jam, pasar mini, pasaraya kompleks, pasaraya
premium, dan restoran premium. Daya usaha ini turut tersemat dalam diri bapa
usahawan ini sendiri, iaitu Encik Ghulan Hussein. Pada 1918, kedai kecil yang
beliau tubuhkan telah pun dibakar semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun
kehilangan segala harta, semangat beliau tidak pernah luntur untuk terus
memegang gelaran sebagai seorang usahawan.
- Mempunyai Pandangan Jauh (Foresight)
Mempunyai
pandangan yang jauh dan pemikiran yang bersifat futuristik adalah antara faktor
yang membolehkan Encik Mydin berjaya sebagai seorang usahawan. Walaupun bermula
dengan wang hasil simpanan sendiri yang terhad, beliau mampu mengembangkan
perniagaannya secara berperingkat – peringkat. Ini adalah kerana skop
pemikirannya yang luas ke depan yang membolehkannya merancang strategi
perniagaan dengan berkesan. Maka tidak hairanlah jika syarikat MYDIN MOHAMED
HOLDINGS BHD. mampu meraih jualan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun kewangan
berakhir Mac 2012. Selain itu, ciri keusahawanan ini turut dipamerkan oleh
Encik Mydin melalui penetapan harga ke atas barang yang dijual. MYDIN amat
terkenal dengan harga barangannya yang murah berbanding harga pasaran, namun dalam
masa yang sama kualiti barang juga turut diberi perhatian. Jadi, tidak
hairanlah mengapa MYDIN amat terkenal dengan slogannya “Mengapa bayar lebih?
Beli pada harga borong”. Faktor ini amat membantu dalam menarik kepuasan dan
kesetiaan pelanggan terutamanya dari golongan individu dan isi rumah yang mahu
berjimat cermat. Ini sekaligus memberikan nilai tambah kepada kumpulan MYDIN
untuk menjadi pilihan pengguna dan mampu bersaing dengan pesaing terdekatnya
seperti Pasaraya Econsave, Tesco, Carefour dan lain – lain. Antara contoh lain
adalah hasil pandangan yang jauh Encik Mydin mampu menimbulkan idea untuk
menvariasikan rangkaian produknya. Pada mulanya, Encik Mydin hanya menjual
barang keperluan harian dan alatan permainan di kedai kecilnya.
Beliau
telah merancang strategi untuk mempelbagaikan jenis produk jualannya apabila
perniagaan berkembang kelak. Antara rangkaian produk baharu ialah peralatan
elektrik, pinggan mangkuk, alat tulis, aksesori, pakaian dan lain – lain. Ini
membuktikan bahawa pemikiran Encik Mydin adalah sentiasa maju ke hadapan
walaupun pada ketika itu beliau hanyamempunyai modal yang terhad. Ciri ini juga
turut dipamerkan oleh putera kedua Encik Mydin, iaitu Datuk Wira (Dr) Haji
Ameer Ali. Usaha beliau untuk mencari dana bagi penubuhan cawangan Mydin di
Subang Jaya amat sukar apabila kesemua bank menolak permohonan pinjamannya. Hal
ini kerana projek ini dianggap amat berisiko kerana lokasi penubuhannya yang
terletak hanya bersebelahan dengan pasaraya Giant yang juga turut menjadi
pilihan pengguna. Namun kerana pemikiran Datuk Ameer Ali yang yakin dengan
perniagaannya dan ganjaran yang akan diterima pada masa akan datang kerana
risiko yang diambilnya, beliau terus berazam untuk mendapatkan dana. Akhirnya
permohonan pinjamannya diluluskan oleh Arab-Malaysian Bank Bhd. Hasilnya,
terbukti bahawa jangkaan Datuk Ameer Ali tepat. Hanya dalam tempoh setahun
cawangan Mydin di Subang Jaya terpaksa meluaskan kawasan parkir kereta kerana
sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan.
- Muktamad (Decisive)
Sikap
muktamad/tegas ini turut ditampilkan pada perwatakan Encik Mydin sepanjang
perjalanannya dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh, keputusannya yang
muktamad untuk mengubah nasib diri dan keluarganya telah memberi impak yang
cukup hebat kepada kejayaannya dalam industri perniagaan. Bermula dengan
bekerja sebagai peniaga pasar malam, beliau mula mengumpul modal sebelum
membuka kedainya yang pertama pada 1957. Pada ketika itu, beliau sedar bahawa
nasibnya sebagai peniaga pasar malam sentiasa berbeza – beza dari segi
keuntungan dan kerugian. Sejak dari itu, beliah berikrar untuk mula mengorak
langkahnya sebagai seorang usahawan. Pendiriannya yang tegas dan muktamad itu
mendorong beliau untuk mengatur strategi perniagaanya. Beliau mula mencari
sumber untuk mendapatkan barang pada harga yang murah dan menjualnya semula
kepada pengguna akhir juga pada harga yang lebih murah dari harga pasaran.
Hasilnya,
beliau mula mengimport barang daripada Thailand kerana harganya yang lebih
murah dan menjual semula barang itu di Malaysia dengan harga yang lebih murang
daripada pesaing. Kerana ketegasannya itulah yang membolehkan syarikatnya kini
iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk berpegang teguh kepada slogan mereka
iaitu “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga borong”. Rata – rata pengguna
memilih untuk mengunjungi dan menjadi pelanggan setia MYDIN kerana harga
barangnya yang murah dan mempunyai kualiti yang baik. Ketegasan untuk meraih
kejayaan yang ada pada diri Encik Mydin ini juga banyak melatih beliau untuk
terus mengatur langkah dan tidak berputus asa. Contohnya, Encik Mydin mengambil
masa selama 22 tahun untuk membuka kedainya yang kedua, iaitu di Lembah Klang
yang terletak di Jalan India. Walaupun tempoh itu ternyata amat lama, namun
sikap beliau yang muktamad untuk terus mencapai kejayaan membolehkan beliau
untuk tidak menghentikan langkahnya sebagai usahawan dalam tempoh 22 tahun itu.
Ketegasan beliau untuk terus berjuang dibuktikan lagi dengan penubuhan cawangan
cawangan Mydin yang baru di sekitar Malaysia apabila beliau mula mempunyai
modal yang lebih besar. Selain itu, ketegasan beliau tentang nilai berjimat
cermat yang diamalkan olehnya dan keluarga turut menjadi faktor beliau menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Walaupun beliau sudah memperolehi kekayaan hasil
perniagaanya, beliau tetap tegas dengan sikap berjimat cermat dan juga sentiasa
merendah diri. Putera dan puterinya sering diingatkan tentang amalan berjimat
cermat dan peka akan kos hidup. Ketekadan beliau untuk berjaya juga memberi
semangat kepada beliau untuk mempercukupkan ilmu perniagaannya terlebih dahulu
sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Beliau mula bekerja dari bawah, iaitu
di sebuah kedai runcit milik Mr. Peerbhai.
- Kesedaran Beretika (Ethical Consciousness)
Walaupun
Encik Mydin sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan keuntungan syarikat,
namun beliau tidak lupa akan tanggungjawab sosial syarikatnya. Hal ini seiring
dengan konsep perniagaannya iaitu eiring dengan konsep perniagaannya ‘daripada
masyarakat untuk masyarakat.’ Beliau berpegang teguh dengan slogannya,iaitu
untuk menjual barang pada harga borong. Penetapan harga ini amat bermakna buat
pelanggannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu,
syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. juga turut sama terlibat dalam penubuhan
Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) dan telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk
menjadi operator/pengedar dalam projek ini. KR1M yang dirasmikan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini (tahun 2011) berperanan sebagai medium
yang mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli bagi barang keperluan.
Antara sumbangan syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah terlibat dalam
aktiviti memasang peralatan kedai, bantuan IT untuk sistem jualan, teknik
kemahiran dan penjualan, dan juga menyediakan latihan.
Selain
itu, MYDIN turut menjaga etikanya dalam perniagaan. Hal ini dapat dilihat pada
kualiti produk jualan MYDIN. Walaupun dijual pada harga borong iaitu harga yang
lebih murah berbanding pasaran, namun hal itu tidak menyekat kumpulan MYDIN untuk
memantau tahap kualiti produk jualannya. Antara contoh lain nilai etika yang
diamalkan oleh pentadbiran syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah dengan
mementingkan label dan status halal produk yang dijual di cawangan MYDIN. Hal
ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada visi syarikat itu sendiri iaitu
“untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan
perkhidmatan yang halal”. Ini menunjukkan bahawa kumpulan MYDIN prihatin dengan
keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan Muslim sebanyak
61.3% (setakat 2010). Kumpulan MYDIN juga menitikberatkan kesedaran beretika
dalam pengurusannya dengan menglibatkan kakitangan dalam aktiviti yang dapat
menyumbang bakti kepada masyarakat. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Pertubuhan
Bantuan Islam Malaysia (IAM) dengan kerjasama MYDIN di Kubang Kerian telah pun
menjayakan sebuah program kemanusiaan yang bertemakan ‘kembali ke sekolah’.
Melalui program ini, pelajar yang terpilih akan diberi bantuan dari segi
kelengkapan persekolahan khususnya bagi anak-anak yatim miskin dan anak-anak
golongan fakir miskin di kawasan luar bandar. Menurut Utusan Malaysia, Presiden
IAM iaitu Zawahir Abdullah sangat menghargai kerjasama MYDIN atas layanan
istimewa yang diberikan. MYDIN juga pernah memberi sumbangan iaitu sebuah van
dan kelengkapan pengurusan jenazah kepada masjid Kampung Surau Panjang.
Terbaru, MYDIN turut terlibat untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir 2014
melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir dengan kerjasama Persatuan
Orang Kota Bharu (POKB).
- Integriti dan Kebolehpercayaan (Integrity and Reliability)
Sikap
berintegriti dan boleh dipercayai yang wujud dalam diri Encik Mydin turut
dititkberatkan dalam pengurusan syarikatnya iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD.
Nilai kejujuran menjadi aspek penting dalam organisasi itu. Sebagai contoh,
pernah berlaku penyelewengan wang jualan oleh supervisor di salah sebuah
cawangan Mydin. Tindakan disiplin terpaksa diambil oleh kumpulan Mydin iaitu
menamatkan perkhidmatan supervisor berkenaan kerana budaya organisasinya yang
mementingkan kejujuran.
ANUGERAH
Menghargai
sumbangan yang telah diberikan oleh Dato’ Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dalam
memacu aspirasi industri peruncitan dan usahawan bumiputera di Malaysia, beliau
telah diberi pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Antaranya adalah:-
- Tokoh Mahir Negara 2014 oleh Kementerian Sumber Manusia
- Malaysia Business Leadership Awards 2009 under the category of Master CEO of the year 2009 by Kuala Lumpur Chamber of Commerce
- Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award
- Pemenang ke-8 Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2009 di bawah kategori Kepimpinan Kecemerlangan
- Pemenang Anugerah Usahawan Tahun oleh Ernst & Young di bawah kategori Master Entrepreneur 2007
- Pemenang tahun Kepimpinan Excellencent (2007) yang dianugerahkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Malaysia (DPMMKL) Dibentangkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Sultan Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah
- Anugerah Keusahawanan Asia Pacific Entrepreneurship Award (APEA) for Malaysia Region di bawah kategori Usahawan Cemerlang 2007
- Dianugerahi Dato ‘(DIMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 1999
No comments:
New comments are not allowed.