Tuesday, April 23, 2019






  Profil  Usahawan Pilihan 

 
DATUK HJ MOHAMED FAROZ BIN MOHAMED JAKEL

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd 

Alamat :  Jakel Mall, Lot 159,  Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah
              50100 Kuala Lumpur

Tel      : 03 26150777
Faks    :03 2615 0778
Emel   : NA
Laman Web : https://www.jakel.my


Latar Belakang Usahawan
  
Biodata Datuk Faroz 
  • Nama PenuhDatuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel 
  • Nama PanggilanDatuk Faroz 
  • Tarikh Lahir: 1972 
  • Umur: 47 Tahun (2019) 
  • Keluarga: Anak sulung daripada 12 adik-beradik 
  • Asal: Muar, Johor 
  • StatusBerkahwin



    Ketika Mohamed Jakel Ahmad mengasaskan Jakel Trading di Muar, Johor pada 1983 sebagai pembekal karpet borong kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Muar, beliau tidak menjangkakan yang beliau sebenarnya membina satu asas yang kukuh bagi perniagaan bernilai jutaan ringgit bagi kesemua 12 orang anak-anaknya.
    Mohamed Jakel sering menekankan kepentingan ikatan kekeluargaan yang  kukuh kepada anakanaknya  dan mengajar mereka erti kerja keraskegigihanreputasi dan kemahiran untuk berjaya dalam perniagaan. 
    Bermula dengan modal perniagaan yang kecil, Kumpulan itu kini merupakan peruncit tekstil terkemuka dengan pelbagai pilihan fabrik yang menepati citarasa pelanggannya tidak kira sama ada datang dari golongan rendahpertengahan mahupun atasan. 
    Jakel turut menawarkan pelbagai rangkaian pakaian siap dipakai sekali gus menjadikannya satu daripada rumah fesyen bagi pakaian tradisional terkemuka dengan 30 kakitangan penyelidikan & pembangunannyaIa seterusnya menceburi ke pelaburan hartanah dengan aset yang cukup besar dalam portfolionyadan kini melangkah ke bidang pembangunan hartanah. 
    Jualan tahunan Jakel terus meningkat 20 peratus pada 2014 berbanding 2013 dan dijangka dengan pembukaan Jakel Mall, ruang runcit yang besar akan mendorong kenaikan antara 20 peratus dan 30 peratus setiap tahunPada 2012, jualan Jakel mencatat rekod lebih RM500 juta. 
    Sejak pertama kali dibuka di Segamat pada 1985, Jakel terus kekal unggul membina jenamanya di seluruh negara dengan meneroka perniagaan runcit tekstil serta membekalkan bahan tersebut kepada pihak kerajaan dan swasta. 
    Gedung pertama Jakel di Lembah Klang dibuka pada 2007 di Jalan Masjid India dengan modal sebanyak RM30 juta. 
    Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, anak sulung dari 12 adik-beradik ketika itu baru di tingkatan satu apabila ayahnya berpindah ke Segamat untuk membuka Jakel. 
    Beliau membantu menguruskan perniagaan keluarga sejurus selepas menamatkan pengajian di tingkatan limaBerdasarkan pengalaman yang diperoleh ketika itubeliau secara tidak langsung telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan kumpulan Jakel. 
    Beliau turut yakin orang ramai akan lebih banyak membeli tekstil berbanding karpetjusteru beliau telah meyakinkan ayahnya untuk menceburi bidang perniagaan tekstilKeputusan yang dibuat itu akhirnya mengubah hala tuju perniagaan Jakel dan telah membuka lebih banyak peluang kepada mereka. 
    Mohamed Farozmengambil alih pengurusan kumpulan Jakel selepas ayahnya meninggal dunia pada 2009. Beliau yang ketika itu berumur 37 tahun juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif mula mengorak langkah menjadikan Jakel sebagai satu jenama tekstil yang terkenal, 
    Pada 2010, Jakel membuka cawangan baharunya di Seksyen 7, Shah Alam dengan pelaburan sebanyak RM50 juta. Gedung tekstil seluas  80,000 kaki persegi itu mencatatkan rekod sebagai Cawangan Gedung Tekstil Terbesar di Malaysia dalam Malaysia Book of Records pada tahun tersebut.
    Mohamed Faroz berkatasehingga kini Jakel mempunyai sebanyak 20 buah cawangan di seluruh negara dan 16 daripadanya merupakan cawangan francais di bawah Perbadanan Usahawan Bumiputera (PUNB).  

 Trivia Menarik Datuk Faroz 


  • Mempunyai darah campuran Melayu-India. 
  • Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.
  • Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor. 
  • Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaanusahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013. 
  • Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2014. 
  • Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat. 
  • Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor. 
  • Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW. 

Produk  

Kain adalah elemen harian dalam kehidupan kita. Sejarah kain bertarikh kembali ke zaman purba dimana orang kuno sudah mula membuat pakaian fesyen dengan membuat corak yang menarik pada kain untuk mempercantik penampilan fizikalmereka. Hari inikain semakin baik dari segi bahanwarnacorak dan reka bentuk. Di Jakelmereka mendapat inspirasi dari budaya dan negara yang berbeza untuk menghasilkan kualiti terbaik kain untuk pelanggannya.


Pencapaian & Anugerah 


 








 





Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaanusahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013. 
Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2014. 


Kontek  
Bagi yang berminat untuk melihat dan membeli produk-produk Jakel bolehlah mengunjungi Gedung Utama mereka iaitu Jakel Mall yang terletak di Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur (No tel : 03 2615 0777) yang dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8.30 malam. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Gedung Tekstil Jakel yang berdekatan dengan kawasan anda.  

Rujukan 



No comments:

Post a Comment